Plot cerita Sousei_no_Onmyouji

Rokuro Enmado bercita-cita menjadi seorang Onmyouji yang paling kuat. Rokuro pernah mengalami pengalaman ngeri apabila rakan-rakannya telah dibunuh oleh sekumpulan roh jahat. Pada suatu hari, Rokuro pertama kali berjumpa Benio Adashino apabila Benio muncul secara tiba-tiba dari langit. Benio merupakan Onmyouji yang paling terkenal di timur. Menurut ramalan dari kebanyakan anggota Onmyouji, Raku dan Benio merupakan "Sousei no Onmyouji" kerana ditakdirkan untuk berkahwin dan mempunyai seorang anak yang bernama Miko merupakan penghalau Onmyouji pada masa akan datang, penjelmaan semula Abe no Seimei mampu menumpaskan roh-roh jahat dari dunia realiti dan hentikan peperangan yang berpanjangan.